Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Login Form




PRASARANA SEKOLAH



















Hakcipta terpelihara:
2010 SMK. Dato' Sedia Raja Rembau

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pengetua

Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung Portal Rasmi SMK. Dato' Sedia Raja Rembau. Portal ini dibangunkan adalah sebagai penyaluran dan perkongsian maklumat untuk semua ibubapa, penjaga, guru-guru, pelajar dan komuniti. Semoga maklumat dalam portal ini dapat dimanfaat sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.

Hjh. Sarieh bt. Md Din
Pengetua SMKDSR

 

 

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH :-
30hb. SEPTEMBER HINGGA 03hb. SEPTEMBER 2010

  • TN. HJ. MOHD NOOR B. HJ. DAUD ( K )
  • PN. SYAREENA BINTI ABU HASSAN
  • PN. SALOMAH BINTI ISMAIL
  • PN. SALMIAH BINTI SALAM
  • PN. SUHALIZA BINTI MOHAMED HASAN
 
Pusat Akses

PUSAT AKSES SMKDSR

Pengenalan

1. Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut  kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
2. Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.
3. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
4. Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

Baca Lagi...
 

PUSAT SUMBER SMK. DATO' SEDIA RAJA

Pusat Sumber SMK Dato’ Sedia Raja telah mengalami perkembangan dari masa ke semasa sejajar dengan keperluan pendidikan untuk anak-anak penduduk kawasan Chembong dan kampung-kampung di sekitarnya.

Sekolah ini yang mula beroperasi pada tahun 1964, hanya mempunyai sebuah perpustakaan kecil (khutub khanah). Pada tahun 1970, sebuah perpustakaan telah dapat diwujudkan dengan keluasan satu setengah bilik darjah di tingkah bawah bangunan baru 2 tingkat yang dibina pada tahun tersebut.


Baca Lagi...
 
Sukma 2010

KEJAYAAN AMIRUL ANUAR KEBANGGAAN SMKDSR

Baru-baru ini telah diadakan Sukan Malaysia (SUKMA) di Melaka Bandaraya Bersejarah.  SUKMA telah berlangsung dari 10 Jun hingga 19 Jun 2010 dan telah menghimpunkan pemain-pemain muda yang berbakat dari seluruh negara dalam pelbagai jenis sukan dari seluruh negara.

Apa yang lebih membanggakan, seorang pelajar dari SMK Dato' Sedia Raja telah berjaya mewakili Negeri Sembilan dalam SUKMA dalm sukan petanque serta berjaya membawa kemenangan dengan pingat emas.  Amirul Anuar Bin Mohd Razi dari tingkatan 4 Perdagangan telah mendapat pingat emas dalam kategori Shooting (bawah 23 tahun).  Beliau telah berjaya menumpaskan pasukan dari negeri Perak.

Sebenarnya, terdapat banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Amirul Anuar dalam mengharumkan nama sekolah dalam SUKMA ini.  Beliau terpaksa melalui proses pemilihan yang ketat iaitu SUKNES sebelum berjaya terpilih mewakili Negeri Sembilan.  Beliau juga telah menjalani latihan petanque dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah malam.  Jerih perih beliau terbayar apabila mendapat pingat emas dan wang RM3,000.00 dalam kategori Shooting (bawah 23 tahun).  Hal ini seterusnya telah membuka jalan Amirul Anuar untuk kelayakan ke Sukan SEA bagi mewakili Malaysia.  Harapan yang tinggi disandarkan kepada Amirul Anuar agar beliau terus mencapai kecemerlangan dalam Sukan SEA serta diharapkan beliau akan berjaya membawa kemenangan untuk negara.

 

INFO TERKINI


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Bengkel Latihan Penggunaan LMS bagi Guru-guru. Tarikh: 2hb.hingga 3hb.Mei 2010 Tempat: BTPNNS,Port Dickson. Peserta Sekolah: Pn.Salomah bt.Ismail, Pn.Norfoziah bt.Ahmad, Pn.Anizah bt.Mokhtar

Peperiksaan 2010

Peperiksaan PMR
Usaha Tangga Kejayaan
Peperiksaan SPM
Usaha Tangga Kejayaan
Peperiksaan STPM
Usaha Tangga Kejayaan

Data Pengunjung

Kami ada 2 tetamu online
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini13
mod_vvisit_counterSemalam48
mod_vvisit_counterMinggu Ini292
mod_vvisit_counterMinggu Sebelum353
mod_vvisit_counterBulan Ini180
mod_vvisit_counterBulan Sebelum2164
mod_vvisit_counterSetiap Hari6893

Undian

Pendapat anda tentang laman web ini